Sunday 20 February 2011

Hatred

HATRED, dalam bahasa melayunya kebencian. Kebencian adalah satu perasaan yang mendalam untuk tidak menyukai sesuatu objek. Pada zaman sekarang banyak manusia yang mempunyai perasaan benci. Jika kita lihat dalam pelbagai industri, kebencian adalah satu perkara yang sering terjadi. Dalam dunia sekarang, dengan adanya internet bagai, manusia lebih senang untuk mengongsikan kebencian mereka terhadap individu lain melalui  social network sites. Jika kita benci akan seseorang tak payahla nak kongsi dengan orang. Secara langsung kita sudah pun menghasut orang lain supaya membenci individu/perkara tersebut. 


Sebenarnya kebencian ini datang dari syaitan, ianya adalah satu perasaan yang seharusnya individu yang beragama Islam harus jauhi. Kadangkala, ada orang yang berkata. "Dia benci aku, so apa aku nak buat? Aku benci la dia balik". Siapa yang ajar kita untuk berkelakuan begini? Islam tak ajar, Ibu bapa tak ajar. Sebenar-benarnya, SYAITAN yang ajar. Jika ada orang yang benci kita, seharusnya kita tidak melayan mereka. Selagi dilayan selagi itu lah kebencian itu akan bertambah-tambah. 


Kebencian ini wujud dalam pelbagai jenis individu, tokoh-tokoh agama, orang-orang politik, orang-orang berpendidikan tinggi, para pelajar. Senang cerita, mana-mana kita boleh jumpa 'kebecian'. Kekuatan seseorang itu letaknya apabila beliau tidak menghiraukan apa yang orang lain berkata buruk terhadapnya. Nabi s.a.w pernah berkata yang orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya. Daripada kata-kata ini kita dapat mengambil pengajaran yang bahawasanya kemarahan ini haruslah ditahan. Apatah lagi menyebarkannya kepada umum! Kutuk sana kutuk sini, ini sama sekli benda yang tak diajar oleh Islam.

Saya tidak sama sekali memaksudkan siapa-siapa, ini sekadar peringatan buat manusia sekalian dan diri saya sendiri :D

No comments:

Post a Comment