Wednesday 23 March 2011

Shooting Star

At last! I got my star. A shooting star. 

I've been waiting so long for this one. It took me a lot of time to find the right person that can carve a star on my head! I got this one from a saloon near ECMall. Cool huh? JEALOUS!

Monday 21 February 2011

History

History/sejarah? selalu, ini menjadi satu subjek yang paling membosankan dan paling tidak menarik. Sebenarnya, saya sendiri pun tak suka sejarah disebabkan kebosanannya :D. Sejarah menceritakan kisah yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sejarah penting sebab, ia dapat menjadikan kita sebagai manusia menjadi lebih maju. jika tiada sejarah, tiadalah nak wujud segala kemodenan yang wujud sekarang.

Manusia yang benar³ memahami sejarah, adalah sebenarnya³ orang yang clever. Sebab apa? sebab dia memahami apa yang menyebabkan segala apa yang ada sekarang berlaku. HAHA. Ini serius, jika kita faham sejarah and embrace it. Kita akan tahu apa yang kita buat. Sebenarnya, sejarah ni tak la membosankan. JIKA, orang yang mengajarnya adalah orang yang betul² memahami sejarah. Yang membezakan sama ada sejarah ini bosan atau tidak adalah cara penyampaiannya. Jika ia disampaikan dengan betul, maka senanglah untuk kita memahaminya.

Memang tak dinafikan, kalau dekat sekolah, budak² semua tak suka sejarah. Tapi perkara ini boleh jadi intresting jika ia disampaikan dengan cara yang lebih kelakar dan seronok. Jangan stress la belajar binatang sejarah ni, kalau stress lagi tak paham. Lagi seronok kalau tengok History Channel, sebab kita boleh tengok secara visual sejarah manusia zaman dahulu.

Cubalah suka sejarah ni, sebab ia boleh buat kita lebih bijaksana dan pandai sentiasa :D. HAHA


ok cheers! 

Sunday 20 February 2011

Hatred

HATRED, dalam bahasa melayunya kebencian. Kebencian adalah satu perasaan yang mendalam untuk tidak menyukai sesuatu objek. Pada zaman sekarang banyak manusia yang mempunyai perasaan benci. Jika kita lihat dalam pelbagai industri, kebencian adalah satu perkara yang sering terjadi. Dalam dunia sekarang, dengan adanya internet bagai, manusia lebih senang untuk mengongsikan kebencian mereka terhadap individu lain melalui  social network sites. Jika kita benci akan seseorang tak payahla nak kongsi dengan orang. Secara langsung kita sudah pun menghasut orang lain supaya membenci individu/perkara tersebut. 


Sebenarnya kebencian ini datang dari syaitan, ianya adalah satu perasaan yang seharusnya individu yang beragama Islam harus jauhi. Kadangkala, ada orang yang berkata. "Dia benci aku, so apa aku nak buat? Aku benci la dia balik". Siapa yang ajar kita untuk berkelakuan begini? Islam tak ajar, Ibu bapa tak ajar. Sebenar-benarnya, SYAITAN yang ajar. Jika ada orang yang benci kita, seharusnya kita tidak melayan mereka. Selagi dilayan selagi itu lah kebencian itu akan bertambah-tambah. 


Kebencian ini wujud dalam pelbagai jenis individu, tokoh-tokoh agama, orang-orang politik, orang-orang berpendidikan tinggi, para pelajar. Senang cerita, mana-mana kita boleh jumpa 'kebecian'. Kekuatan seseorang itu letaknya apabila beliau tidak menghiraukan apa yang orang lain berkata buruk terhadapnya. Nabi s.a.w pernah berkata yang orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya. Daripada kata-kata ini kita dapat mengambil pengajaran yang bahawasanya kemarahan ini haruslah ditahan. Apatah lagi menyebarkannya kepada umum! Kutuk sana kutuk sini, ini sama sekli benda yang tak diajar oleh Islam.

Saya tidak sama sekali memaksudkan siapa-siapa, ini sekadar peringatan buat manusia sekalian dan diri saya sendiri :D

Rumah Sewa

Kehidupan di rumah sewa, kadang-kadang boring. kadang-kadang seronok. Paling seronok bila beramai-ramai (1 rumah = 16orang) keluar sekali. haha. Kita buat perkara paling gila selalu. Ada satu hari, ramai-ramai pergi cerating pukul 1 am, padahal besoknya ada kelas. Balik rumah dah pukul 5 am. Besoknya satu rumah tak pergi kelas. memang bongok :D. Sampai semayang jumaat pun tak pergi. Haha crazyheads

Kehidupan di kuantan: Bangun (3pm)- Makan - Keluar malam (mcm² temapt nk pergi) - Tido (3/4/5 am) = Macam Haram. Ada orang kata kalau keluar malam ni selalunya merosakkan otak, tapi bagi saya keluar malam ni adalah satu aktivit yang paling seronok dalam dunia :D. Kita dapat lihat dengan mata kita sendiri kehidupan. memang la banyak buat dosa. Tapi itu satu pengalaman yang mana kita boleh guna balik untuk masa yang akan datang. Seronok bila keluar malam ramai², boleh bikin apa yang orang tak selalu bikin. Dalam hidup ni banyak benda yang mesti kita belajar. Kalau terperap dalam bilik je 24/7, takkan dapat apa². 

Dan satu lagi, saving nk mati duduk rumah sewa ni. makan dua kali sehari. baik tak baik la kan. satu kali makan RM3. Dua kali makan = RM6. RM6x30 = RM180. wahhh!! ini la orang panggil style. 

Wujud la jugak life kat kuantan ni kalau lepak dgn budak² rumah. haha.

Cheers! :D

Saturday 19 February 2011

Kuantan..

Kuantan adalah satu bandar yang agak kecil, tak happy sangat duduk sini. Kurang function duduk bandar ni. Walaupun ada telok cempedak (TC) yg mana ramai segala jenis manusia lepak. tapi da bosan aku pergi sana. boring! Kuantan COMEON, bring us GAME. Tiap²² minggu rasa mcm nk balik jb. Haha. cheers!

First day :D

First day blong, haha. coolstuff coming out! yah.